Wednesday, October 14, 2009
Thursday, October 8, 2009
Antenna Homebrew - Dual Band Quarterwave Monopole
Antenna ni di perbuat dari dawai penegang & pengikat wayar telefon rumah. Wayar telefon ni biasanya dipasang dari tiang telefon yang tepi jalan sampai lah ke rumah. Antenna ni quarterwave. Panjangnya lebih kurang 51cm. Panjang dari bawah hingga ke gelung lebihkurang 6.5cm. Garispusat gelung pulak 3cm dan jarak antara gelung 1cm.. Macam tu... Yang atas tu pulak untuk 'adjustment' dia punya kepanjangan dan juga berfungsi sebagai 'top loading'.
Antenna ni boleh gak digunakan untuk mobile, tapi jangan memancar lebih dari 25watt. Takut 'rig' padam... Seelok-eloknya letak tengah-tengah atas bumbung 'jalopy', baru boleh dapat lebih dari 2dB...
Antenna Homebrew - Slim Jim
Slim Jim
Inilah antenna homebrew yang pertama hasil kerja tangan sendiri. Menggunakan bahan-bahan dari antenna TV yang tidak digunakan lagi. Panjang tak cukup, aku sambung-sambung & pateri. Ada gak yang patah semasa proses membengkukkan batang aluminium tu. Maklumlah peralatan tak berapa ada. Ilmu bengkuk logam pun kurang... He he... Walau macamana pun dapat gak aku memancar. Dengan kekuatan 0.5 watt pun tercapai gak pengulang di Puncak Genting dari Tg Karang.
Subscribe to:
Posts (Atom)